![]() |
| Making Globalization Work - Joseph E. Stiglitz W. W. Norton & Company Ltd., London. |
Secara umumnya, buku ini mengandungi 10 bab yang membincangkan pelbagai isu-isu berkaitan globalisasi dan pembangunan yang berlaku di dunia. Di dalam buku ini, Joseph E. Stiglitz menyatakan bahawa kebanyakan masalah berkaitan globalisasi mempunyai hubungan dengan eksploitasi negara yang tidak berkuasa atau kurang berkuasa dengan negara yang lebih berkuasa, terutamanya Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah. Joseph E. Stiglitz juga menyalahkan institusi kewangan antarabangsa seperti IMF (International Monetary Fund) yang bersifat dogmatik dan salah urus dalam menangani krisis di negara-negara sedang membangun.
Penyelesaian yang dicadangkan oleh Joseph E. Stiglitz di dalam buku ini
Langkah penyelesaian yang dikemukakan oleh Stiglitz adalah dengan meminta negara-negara kuasa besar agar mengiktiraf usaha-usaha dan berkorban untuk pembangunan negara-negara miskin demi mewujudkan dunia yang lebih adil. Stiglitz menegaskan sekiranya negara-negara kuasa besar berurusan secara adil terhadap negara-negara mundur akan menyebabkan pembangunan negara-negara maju lebih baik dalam jangka masa panjang. Walaupun stiglitz telah menunjukkan mengenai beberapa usaha dilakukan oleh negara-negara Asia Timur untuk membentuk institusi khas bagi tujuan membantu negara-negara mereka, Stiglitz tetap berpandangan bahawa perlunya reformasi institusi global seperti IMF dan Bank Dunia yang sedia maklum dikuasai oleh negara-negara maju.Perbincangan selanjutnya pada post yang akan datang...
