![]() |
| Apakah dua wajah globalisasi itu? |
Pada awal tahun 1990-an, globalisasi telah disambut dengan keghairahan. Aliran modal ke negara-negara membangun telah meningkat enam kali ganda dalam tempoh enam tahun, dari 1990 hingga 1996. Penubuhan World Trade Organization (WTO) pada tahun 1995 - matlamat yang telah diminta untuk setengah abad adalah untuk membawa kesamaan kedaulatan undang-undang di dalam perdagangan antarabangsa. Setiap orang sepatutnya menjadi pemenang iaitu mereka yang berada didalam kedua-dua negara maju dan negara-negara membangun. Globalisasi adalah untuk membawa kemakmuran yang belum pernah berlaku sebelum ini kepada semua pihak.
Tidak hairanlah bahawa bantahan utama modenisasi yang pertama terhadap globalisasi yang berlaku di Seattle pada bulan Disember 1999, pada apa yang sepatutnya menjadi permulaan pusingan baru rundingan perdagangan, yang membawa kepada lanjutan liberalisasi - datang sebagai satu kejutan kepada penyokong-penyokong pasaran terbuka. Globalisasi telah berjaya menyatukan manusia dari seluruh dunia menentang konsep globalisasi itu sendiri. Pekerja-pekerja kilang di Amerika Syarikat (AS) melihat kerja mereka diancam oleh persaingan dari China. Petani di negara membangun melihat kerja mereka diancam oleh perkembangan sektor tanaman jagung dan tanaman lain yang sangat murah dari Amerika Syarikat. Pekerja-pekerja di Eropah melihat persaingan begitu sengit untuk mempertahankan pekerjaan mereka daripada direbut atas nama globalisasi. Aktivis AIDS pula melihat perjanjian perdagangan baru yang menaikkan harga ubat-ubatan ke tahap yang mahal di seluruh pelusuk dunia. Manakala, pencinta alam sekitar merasakan bahawa globalisasi akan menjejaskan perjuangan dekad-panjang mereka dalam menetapkan peraturan-peraturan untuk memelihara warisan semula jadi manusia. Orang-orang yang mahu melindungi dan membangunkan warisan kebudayaan mereka sendiri melihat terlalu banyak pencerobohan globalisasi. Oleh itu, penentang-penentang yang dinyatakan diatas tidak menerima hujah bahawa, dari segi ekonomi sekurang-kurangnya, globalisasi akhirnya akan menjadikan semua orang lebih baik.
![]() |
| Benjamin Mkapa, Tarja K. Halonen, Juan Somavia |
Terdapat banyak laporan yang menumpukan kepada topik globalisasi. Stiglitz telah terlibat dalam World Commission on the Social Dimensions of Globalization, yang ditubuhkan pada tahun 2001 oleh ILO- International Labour Organization (diperkenalkan pada tahun 1919 di Geneva untuk turut serta bersama-sama kerajaan, perniagaan, dan buruh). Suruhanjaya ini dipengerusikan bersama oleh Presiden Benjamin W. Mkapa (Tanzania) dan Presiden Tarja Kaarina Halonen (Finland). Menurut Stiglitz, suruhanjaya ini mengeluarkan laporan yang sangat skeptikal (ragu-ragu) pada tahun 2004. Berikut adalah petikan laporan World Commission on the Social Dimensions of Globalization yang melakukan kajian untuk memahami bagaimana sebahagian besar dunia merasakan kewujudan globalisasi:
The current process of globalization is generating unbalanced out-comes, both between and within countries. Wealth is being created, but too many countries and people are not sharing in its benefits. They also have little or no voice in shaping the process. Seen through the eyes of the vast majority of women and men, globalization has not met their simple and legitimate aspirations for decent jobs and a better future for their children. Many of them live in the limbo of the informal economy without formal rights and in a swathe of poor countries that subsist precariously on the margins of the global economy. Even in economically successful countries some workers and communities have been adversely affected by globalization. Meanwhile the revolution in global communications heightens awareness of these disparities ... these global imbalances are morally unacceptable and politically unsustainable.'
Suruhanjaya ini telah meninjau 73 buah negara di seluruh dunia. Kesimpulan yang mengejutkan. Dalam setiap rantau dunia kecuali Asia Selatan, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU), kadar pengangguran meningkat antara tahun 1990 dan 2002. Pada masa laporan itu dikeluarkan, pengangguran global telah mencecah paras tertinggi baru iaitu 185,9 juta. Suruhanjaya itu juga mendapati bahawa 59 peratus daripada penduduk dunia tinggal di negara-negara yang mengalami jurang pendapatan yang besar. Malah di kebanyakan negara-negara maju, golongan kaya bertambah kaya manakala golongan miskin selalunya tidak mampu mengumpul kekayaan sendiri.
Pendek kata, globalisasi boleh membantu sesetengah negara melalui KDNK mereka = jumlah barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan mungkin telah meningkat tetapi ia langsung tidak membantu rakyat di negara-negara ini. Justeru, Stiglitz menyuarakan kebimbangannya bahawa
Globalisasi Mungkin Mewujudkan Negara-Negara Yang
Kaya Dengan Orang Yang Miskin.
Inilah yang dimaksudkan dengan dua wajah globalisasi.
![]() |
| Gambar hiasan - dua wajah globalisasi |



Terima Kasih atas penjelasan yang telah diberikan ini.
ReplyDelete